Semalam di Terengganu
Semalam, ke Terengganu lagi memenuhi jemputan satu universiti di sana. Majlis pagi, dalam pukul 12 tu dah selesai dah pun. Flight balik pukul 4 (sengaja!). Masa ada banyak untuk dibuang-buang. Universiti yang molek budi bahasanya tu pulak pelawa kami ke Pasar Payang. Tak sopan pulak kalau menolak, jadi dengan begitu terpaksa, menerima pelawaan mereka.
Pergi Pasar Payang.
Jadi mabuk kaing. Nasib baiklah kad ATM tertinggal dan cash pon tak banyak, jadi mabuk tu terkawal lah jugak (dah nak balik baru tau yang kad kredit dterima, cisss, terlepas peluang membuat hutang).
Beli kaing batik sarung untuk Dot dan jubah kaler greeng untuk Omak.
Beli krepok lekor dua batang, asam jawa dan sagun untuk Sun dan abah eh.
Kenderaan rasmi universiti jemput kami selepas 2 jam kami dilepaskan ke Pasar Payang dan teruh hantar ke airport. Cantik sungguh airport Sultan Mahmud. Sangat Melayu rekabentuknya macam muzium budaya. Cantik. Airport macam gini punya cantik pon ada orang yang sanggup drive 8 jam dari KL ke KT. Tak masuk akal.
Macam biasa, lalu pemeriksaan polis untuk ke terminal.
Dan macam biasa, lalu mesin tu, dia pegi ’beep beep’. Gara-gara underwire.
Macam biasa juga, polis perempuan memulakan kerja body search.
Dalam dia pegang dan tepuk-tepuk badan atas bawah (dalam hati dia mesti cakap, kuuuuuusemangat) tu, dia bersuara, ’bau lipas’.
Umangg ai, dah lah dua jam duduk pasar payang, last mandi pagi tadi pukul 5.30, tak heran lah kalau badan dah berbau hingga langit petala teratas. Tapi bau lipas? Dan kok iya pon, tak payah lah cakap. Mentang-mentang lah kau polis, bawak pistol, ikut sedap mulut je nak kata orang bau lipas?
’hah?’ saya tak berselindung lah menyatakan ke’terkejutan’ atas keceluparan polis tu.
’ye ke?’ tanya lagi, bagi dia can. Nak kata, kata depan-depan. Ini cucu Laksamana Bentan lah, sanggup bertikam-tikam demi maruah. Ini kepalo ayah kau, ini kepalo ayah den, kok berani pijak, rembat kito.
’iya lah, boarding pass.’ Polis wanita berpistol menegaskan lagi.
Oh.... boarding pass, ingatkan saya bau lipas.