Transgender John
Ada satu kedai ni dekat Melaka. Barakat namanya. Jual roti john. Restoran
tau, bukan warung. Restoran - dua unit
kedai dia ambik. Pelanggan datang sebab
nak makan roti john – baik pagi, tengahari, petang ke malam. Roti john. Kedai dia yang dua unit tu, tiga
tingkat – bukan sewa. Beli, guna duit hasil meniaga roti john. Unit atas tu, anak dia buat pejabat. Anak dia peguam syarie.
Roti john pakcik ni bukan main-main.
Pelanggan bertali arus, bukan hanya dari Melaka. Saya yang duduk di KL pon
kalau nak roti john, yang itu jugak la ndaknya. Yang lain tak lalu.
Roti john situ lain. Tak sama macam yang kita biasa jumpa kat
pasar malam tu. Yang kat pasar malam tu
lebih rasa mayo dengan cili sos kan? Lepas tu lebih telur dari daging, betul
tak?
Roti john barakat kering. Tak ada mayo tak
ada sos cili. Telur hanya sebagai
pengikat daging. Dan dihujung rasa
daging, ada rasa unik ikan bilis. Iya! Ada ikan bilis. Bunyi macam ganjil, tapi
sedapnya tok sah kata lah…
Sedapnya pakcik, keluh saya masa makan kali
pertama.
Alhamdulillah, saya tukang buat saja. Sedap tu anugerah dari
Allah. Dia yang izin kan, kata pakcik.
Resipi pakcik ni kalau dapat pada orang
lain, rugi lah, saya kata.
Eh tak ada masalah, ilmu bukan milik
siapa-siapa. Ambiklah resipi kalau nak.
Baik kan pakcik tu?
Berkat meniaga roti john saja, pakcik dan
isteri, setiap tahun menyambut Ramadhan dan Syawal di Mekah. Awal-awal meniaga dulu, dia bukak warung je
kat tepi pantai. Warung tu sekarang
diserahkan pada adiknya. Pelanggan di
sana beratur punyalah ramai. Di restoran
tak jugak pakcik putus rezeki lepas pindah, sama rancak perniagaannya.
Kesahnya, ini lah resipi asal roti john.
Dia dulu pergi belajar kat Singapura dengan kawan-kawan lain. Ada lah dalam 60
orang. Yang mana belajar yong tau fu nya, pasembornya… macam-macam lah. Dia
berguru dengan Kak Juana (tak tau macam mana eja). Jadi roti tu dipanggil Roti Jun sempena nama
Kak Juana. Ini awal tahun 70an. Hari ni
tinggal dua orang je lagi yang masih meniaga dengan resipi asli menuntut dari
Singapura. Dia dengan sorang lagi yang buat yong tau fu.
Bila balik Malaysia, kat tepi pantai tu lah
dia mula meniaga. Dia jual Roti Jun.
Lama-lama resipi tu ditiru orang lain dan
dipelbagaikan, ditambah perisa moden dan sebagainya, jadi lah Roti John.
Apa yang pakcik jual, tetap Roti Jun resipi
asli dari Kak Juana sejak tahun 1970an.
Sedapnya, aduhai….
3 Comments:
Waaah...sejarah roti john tuuu....priceless.
Nanti minta lah resepi dia.
Ooopss...salam perkenalan. Had been your blog's silent reader last time. :)
Vah vahhh vahhh...John tu sebona eh pempuan? Pengkid la kok centu.
haha cerita pasal roti john rupanya
Post a Comment
<< Home