Sunday, February 13, 2011

Alergi

Suatu hari nanti aku pasti akan menjadi seorang penyanyi. Sejak kecil sehinggalah sekarang usiaku lima belas tahun, cita-citaku hanya satu dan ia tidak pernah berubah. Aku bahkan tidak menganggapnya suatu cita-cita semata-mata. Lebih hebat dari sekadar cita-cita, aku yakin itulah takdirku. Aku hanya mahu menjadi penyanyi, maka aku akan menjadi seorang penyanyi.

Aku mempunyai suara yang lunak dan gemersik, mirip suara Saloma, kata kawan-kawanku. Biarlah walau aku tidak pernah memenangi sebarang pertandingan nyanyian. Jika kawan-kawanku menyukai suara dan nyanyianku, pastilah aku seorang yang berbakat. Tidak mungkin Has, Pisah, Intan atau Emry bercakap bohong. Barangkali hanya kerana belum ada rezekiku lagi untuk memenangi pertandingan nyanyian. Sebagai bakal penyanyi, aku perlu gigih dan tidak mudah putus asa. Kalah pertandingan tidak akan mematahkan semangatku.

Pelengkap pakej diriku untuk menjadi popular, aku bertuah kerana mempunyai paras rupa yang cantik. Has, Pisah, Intan dan Emry adalah kawan karibku yang sanggup menempuh susah dan senang bersama-samaku. Walaupun hanya mereka sahaja yang mengatakan aku cantik menawan bila disolek, aku percaya pada mereka. Selama ini tidak pernah sekali pun mereka mengkhianati persahabatan kami. Kerana itu, aku tidak mempunyai sebab untuk meragui mereka.

Bila aku terkenal nanti, aku pasti tidak akan melupakan mereka. Emry berbadan besar dan pandai bermain ragbi. Aku akan melantiknya menjadi pengawal keselamatanku supaya tidaklah nanti aku diapa-apakan oleh peminat yang fanatik. Ketika dikerumuni peminat, Emry akan menolak lautan manusia ini supaya tiada siapa yang dapat menyentuhku.

‘Beri laluan!’ pengawal peribadiku bertempik dengan keras.

Aku pula akan melambaikan tangan sambil tersenyum mesra kepada mereka semua. Tentu aku tidak mahu dikatakan sombong. Tanpa peminat, siapalah aku.

Has pula akan ku jadikan pengurus peribadiku. Dia ketua darjah, dia tentu boleh menjadi pengurus yang baik. Dia akan kuamanahkan mengatur jadual harianku. Aktiviti seharian aku tentu lebih tersusun bila Has yang mengaturnya. Mungkin jika ada masa, Has boleh memperuntukkan satu jam setiap petang untuk aku bermain sukan kegemaranku iaitu bola jaring.

Pisah yang pandai berdebat akan ku lantik menjadi pegawai perhubungan awam atau jurucakap. Bila ada sidang akhbar dan wartawan mula bertanya soalan bukan-bukan tentang hubungan cintaku dengan entah kerabat diraja yang mana, biar Pisah sahaja yang menangkis gosip liar itu. Aku akan hanya duduk diam dan kelihatan bosan. Tentu resah peminat-peminatku diselubungi tanda tanya. Khuatir benar mereka aku akan bersara awal jika berkahwin dengan orang istana.

‘Maya dan Y.M Tengku X hanya berkawan biasa sahaja.’ Pisah akan membuat kenyataan sambil tersenyum penuh rahsia.

Intan yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan itu tidak akan ku abaikan. Walaupun dia tidak cantik, dia kawan yang baik dan setia. Dia tidak pernah kedekut meminjamkan kepadaku majalah-majalah hiburan yang dibelinya. Atas segala budi dan kesetiaannya terhadapku selama ini, aku akan memastikan dia akan sentiasa mendapat tiket percuma untuk semua konsertku. Malahan, aku akan memberinya lebih dari satu tiket. Jika ketika itu dia masih tidak ada teman lelaki, dia boleh mendapat wang saku lebih dengan menjual tiket percuma yang ku beri. Walaupun aku penyanyi terkenal dan kaya-raya aku tidak akan menjadi kacang yang lupakan kulit.

Ketika itu, Cikgu Fendi guru kelasku yang sering seperti singa kelaparan itu tentu akan menyesal. Aku tidak akan melupakan setiap perbuatannya terhadap aku. Buku latihan Matematik aku penuh dengan tanda pangkah semuanya hadiah dari Cikgu Fendi. Berdosakah aku kerana tidak meminati subjek Matematik yang diajarnya? Setahu aku, ‘lulus Matematik dengan kepujian’ tidak pernah menjadi syarat kelayakan untuk menjadi seorang penyanyi.

Kata Cikgu Fendi, aku terlalu banyak berkhayal, tiada tumpuan di bilik darjah, pemalas dan macam-macam lagi. Maaf, tentang ini aku tidak mahu memberi sebarang komen. Tunggulah, bila aku terkenal dan menjadi pujaan ramai, aku tidak akan mahu menandatangani autograf Cikgu Fendi. Aku juga tidak akan setuju bergambar bersamanya biar bagaimanapun dia meminta maaf.

‘Sesal dahulu pendapatan, sesal sekarang tiada gunanya, cikgu.’ Walau aku amat bersimpati melihat kekecewaan di wajah Cikgu Fendi, aku terpaksa bertegas dengan pendirianku.

Emak, Abah dan Harris adikku juga tidak akan aku lupakan. Benar, mereka sering mempersendakan takdirku ini. Namun aku telahpun memaafkan mereka. Aku faham sebagai keluarga, mereka berhak untuk menyukarkan laluan cita-citaku. Aku ambil halangan dari mereka ini secara positif. Ia suatu cabaran dan aku akan buktikan pada mereka akan kesungguhanku. Bila nanti aku sudah terkenal, aku pasti mereka akan tumpang berbangga dengan kejayaanku.

Emak pasti akan menyanyi lagu-lagu hit dari albumku sambil memasak di dapur. Abah pula akan megah menyimpan semua keratan artikel akhbar dan majalah tentangku. Mungkin Abah akan meletakkan semuanya di dalam bingkai gambar sebagai hiasan dinding ruang tamu rumah kami. Harris pula boleh menumpang popularitiku sekiranya dia mahu menceburi bidang yang sama.

Sewaktu menerima anugerah artis paling popular, cantik dan berbakat, aku akan tampil ke pentas dan sambil mengesat air mata kegembiraan, aku akan membuat ucapan terimakasih paling dahulu untuk keluargaku.

‘Hadiah ini adalah untuk Emak, Abah dan Harris. Kemenangan ini adalah kemenangan kita bersama’. Ucapku sambil mengangkat tinggi piala kemenangan itu, dan kamera akan menyorot wajah penuh keharuan setiap ahli keluargaku.

Gemuruhnya tepukan penonton dan peminatku. Jurugambar berebut-rebut mengambil gambar artis kesayangan negara ini. Emry, Pisah dan Has masing-masing nampaknya kelam kabut dengan hingar bingar suasana kemenangan ku. Intan juga nampaknya terharu dengan kejayaanku hari ini.

‘Saya bantah keputusan ini!’ tiba-tiba suatu suara kedengaran.

Majlis menjadi senyap sunyi beberapa ketika. Perhatian semua berpindah dari ku ke Cikgu Fendi yang entah sejak bila sudah berada di atas pentas.

‘Penyanyi pujaan awak ini tidak lulus subjek Matematik semasa peperiksaan PMR.’ Suara Cikgu Fendi seolah-olah mengaum merosakkan kebahagiaanku.

Semua mata tertumpu kepadaku dan aku merasa seperti akan pitam. Oh Tuhan, biarlah semua ini berlaku hanya di dalam mimpi. Alangkah memalukan jika aku, penyanyi yang hebat ini gagal didalam PMR dan diketahui pula oleh umum! Tuhan, sadarkanlah aku dari mimpi paling buruk ini dan aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan memberi tumpuan di dalam bilik darjah walaupun untuk subjek Matematik!

Aku mengejipkan mata beberapa kali dan menarik nafas dalam-dalam. Bila mata ku buka semula, Cikgu Fendi sedang memandangku penuh cemas.

‘Dia dah sedar Cikgu!’ kedengaran suara Has hampir di telingaku.

Apabila mataku sudah boleh fokus semula, aku nampak semua rakan-rakan di dalam kelas sedang mengerumuniku. Aku pula sedang terduduk di atas lantai.

‘Saya suruh awak selesaikan masalah Matematik di papan hitam, awak terus pitam, Maya. Ratu drama sungguh awak ni.’ Sungut Cikgu Fendi.

‘Intan, bawa Maya berjumpa Matron.’ Begitu arahan Cikgu Fendi.

‘Tak pernah saya jumpa orang alergik Matematik macam awak ni.’ Cikgu Fendi nampaknya belum habis bersungut.

Tuhan, aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh supaya nanti menjadi seorang penggiat seni yang berpelajaran.

Cikgu, saya mahu menjadi penyanyi yang menerima anugerah dengan aman, walaupun hanya didalam mimpi dan angan-angan!


~ UPM, 9 Mac 2005

Wednesday, February 02, 2011

Respect - in Retrospect

A certain big boss’s father passed away recently. And because she was this big big boss, a lot of people were instructed to go to the mosque. I was one of those. I must admit, that if it was up to me, I wouldnt go. I am just bad at funerals, the smell of kapur barus is too big a reminder of the day my parents left. I cry at funerals (and weddings, and movies too for that matter) But, go I must and so I did.

When I arrived at the mosque, it was crowded. People came by the bus loads. Various agencies and departments sent their staff too. I thought to myself, bertuah datuk, ramai mendoakan ayahnya. But was she, really?

Now this is what I don’t understand.

I don’t understand, why you would go to a funeral and not respect the family or the dead.

Ikhlas or not, if you have to do it anyway, the niat must be corrected. Lebih baik ikhlas, kan? At the mosque, with jenazah and the grieving family, at the very least, do what you were supposed to do i.e to pay respect.

I believe that reading surahs from the Quran can help calm the soul. My knowledge in this is very minimal, admittedly, I imagine the departed soul would be afraid to journey to the unknown, to leave everything familiar to him, and I believe that reading certain surahs from the Quran would help calm the soul and perhaps light his way. The way to pay respect to the jenazah, is to read the Quran and do the solat jenazah.

And for the family he left behind, who now had to adjust to a life without him, you respect them by respecting the occasion.

On that day, in one corner, the big boss was surrounded by her family,. Some were reading the Quran, most were crying. Around her family, were groups of people sitting down and discussing work, handbags, that girl from the department downstairs, that married man who was so itchy, what they were going to have for lunch etc etc. Laughter erupted now and then. Yes, they made attempt to stifle the laughter, but sometimes, I suppose it was too darn funny to not laugh out loud.

The adab to me should be to do the solat. If that is not possible, read the Yaasin. And if Yaasin is not possible, read the Ummul Kitab. If that is not possible, then just sit there quietly. If you must talk about work and meetings and that all important report, must you be loud about it?

When my mother passed away, the same thing happened. While my brother, sister and me took turns reading the Quran beside Mak throughout the night, our guests had a good time chatting the night away. Their laughter was a pain to my ears and I hated them for it. Especially at how deluded they were, thinking that just by being under the same roof with the jenazah, they were doing it good.

To me, it was tidak beradab and I don’t understand why that happened all the time.