Fenomena Biasa di Bulan Ramadhan
1. Mengantuk
Lepas Isya saya dah panjat katil. Kadang-kadang Isya’ postpone dengan niat nak buat sembahyang malam, sudahnya Isya berlaku waktu sahur. Bila dah pagi, perjalanan ke tempat kerja terasa begitu jauh dan memengantukkan. Di ofis pulak, sengkang mata dengan kayu mancis, tupang dagu dengan kayu ruler.
2. Sejuk
Kat ofis ni dah berjaket, berbalut bagai lepat pisang. Sejuknya. Kalau boleh nak pakai telekung sepanjang hari. Bila tangan mencecah air, aduhai menggelatuk gigi. Wudhu secara tayamum saja boleh? Tak tahan sejuk.
3. Bergaduh
Bergaduh dengan anak waktu kejutkan dia sahur. Bergaduh lagi petang-petang suruh dia cepat mandi dan bersiap sebab masa dah nak time.
4. Rindu Mak-Abah
Abah meninggal di hari raya. Emak meninggal sebelum puasa. Rindu rindu rindu. Masa mak ada dulu, kalau saya bertadarus dengan abah, mak kerap duduk sebelah tumpang mendengar. Selepas abah tak ada, saya kurang bertadarus. Mengaji malam sementara menunggu isya’ atau selepas sahur sementara menunggu Subuh. Mak akan buatkan air dan teman mengaji.
Waktu ini, saya tak perlu mak masakkan macam-macam yang tekak teringin, tak perlu jugak khidmat nasihat mak tentang masalah harian. Memadai kalau mak ada duduk saja disebelah – cukup lah.
5. Overdose karipap
Hari-hari atas meja mesti ada karipap untuk berbuka. Kurma pon ada, itu sunnah Nabi. Karipap ni tak tau lah mana sunnah mana sunni.
6. Yamtuan jadi orang Kelantan
Ini lah satu-satunya bulan dalam setahun yang Yamtuan akan makan nasi kerabu hari hari. Ketika ini, lidahnya menipis, dia tersasul-sasul bila bercakap. Kojap ‘kato’ kojap ‘kecek’, kojap ‘manggo’, kojap ‘pauh’. Confuse betul. Raya ni tak tau lah dia nak balik Pilah ke nak balik Kelantan.

5 Comments:
Ood-
Ada juga ke masaalah berebut nak balik kampung ni? hehe
Kalau saya ke ofis awak waktu puase ni, senang jek nak cam awak yek...yg bersengkang mata dgn kayu mancis la! hehe
Ood, puasa ni time suami-suami ubah tabiat agaknya. My husband yang tak pernah nak kisah hal dapur, hari-hari masak ... oh seronoknya. We are exchanging domestic responsibilities at the moment and I am not complaining.
Tapi memang ... rindu kat my mom also.
you make me want to 'buka dengan my Umi tiap-tiap hari.
(((hugs)))
and yeah, what's with this 'buka with karipap, eh? this year's pembuka mulut for husband is also karipap kentang karipap kentang karipap kentang. previous years had been buah melaka, kuih sagu and cucoq badak.
Ood,
Everyday nasi kerabu?Biar betul!Hahaha!!!
Rgds,
KNA
DITH,
tak lah... balik Pilah je, sebab Kluang tak ada orang tua dah.
yes yes, very easy to spot me. Wrapped up like sardine roll with mancis-propped eyelids. this year, tak sekalipon, i go eat at foodcourt downstairs tau - good girl.
QOTH,
can you PLEASE get your husband to call my husband? I wont mind him taking over the kitchen. Ask yours to talk some sense into mine. Can?
Roti kacang Merah,
kalau tak dapat karipap, tak sempat beli ke... boleh bad mood. Masam muka sampai the next time he gets his treasured karipap. Rasa macam karipap has become 'pihak ketiga' in our marriage...
KNA,
itu lah tu!
nasi kerabu for orang N9 suku selomak. Weird or what. Boleh kena buang suku ni kan if i report to Chief.
Post a Comment
<< Home