Thursday, September 03, 2009

Chet

Tinggalkan sekolah dah lama. Sama batch dengan saya, ada 203 orang (kalau tak silap). Mana-mana yang banyak ‘kes’ dan menonjol peribadinya, atau pernah berkongsi susah serba sikit atau geng ketawa, saya ingat lah sampai hari ni. Namun ada yang masa sekolah dulu, tak berapa bercampur dengan saya, tak ada peristiwa ketara untuk duduk mengenang dan ketawa bersama, maka mereka mudah saja lekang dari ingatan.

Zaitun adalah salah seorang dari mereka yang saya tak berapa ingat. Saya tahu disekolah dulu, dia dipanggil Chet. Dia kelas Sarjana, budak-budak perempuannya rock, dan mereka cukup berkawan sesama sendiri saja. Chet. Apa kesah bersama saya dengan Chet masa sekolah dulu? Entah. Tak ingat kalau ada.

Minggu lepas salah seorang rakan menitipkan berita, Chet baru kehilangan suami pada 18 Ogos lalu.

Sepanjang berkongsi hidup, mereka dianugerahkan 4 orang cahayamata. Paling tua berusia 15 tahun, paling muda baru 3 tahun.

Suaminya pergi tanpa petanda, tanpa sakit ketara. Tiba-tiba rebah dan pergi begitu saja. Mudah sungguh! Kita tak tau jadual kita. Entah bagaimana cara kita dijemput, entah apa yang kita sedang lakukan ketika masanya tiba.

Chet surirumah sepenuh masa.

Chet bukan sahaja kehilangan suami, dia kehilangan sumber kehidupan. Bagaimanalah Chet akan menyara anak yang empat orang?

Saya hubungi Chet. Bersembang dengannya beberapa minit. Tak kesahlah dia ingat saya atau tidak atau saya ingat dia atau tidak.

Tak tergamak pula nak tanya apa rancangan Chet selepas ini. Dalam hati, saya hanya boleh berharap suaminya pergi tanpa meninggalkan beban hutang yang banyak. Harap suaminya ada persiapan untuk keluarga seperti insuran dan wang simpanan memadai sehingga Chet boleh berdikari semula.

Ketika Abah pergi, kami juga tidak bersedia. Dia tak sakit, kelihatannya sihat dan gembira menyambut ketibaan Hari Raya. Seakan-akan hilang bumi tempat berpijak tatkala Abah tiba-tiba pergi.

Selepas tu, susahnya kami menguruskan kereta yang perlu dijual, pembinaan rumah yang terbengkalai, menguruskan pencen dan macam-macam lagi. Mak tak pernah pon tengok dokumen kereta. Macamana nak jual sedangkan dokumennya tak tau dimana? Mak surirumah sepenuh masa. Dia tak tau banyak urusan. Dia bergantung pada Abah. Sudahnya ada jiran yang pelawa diri untuk tolong, palsukan dokumen dengan dia sendiri jadi pemilik baru. Akibatnya, kami tak nampak duit tu. Mintak jugak sikit sebab nak Hajikan Abah – dapatlah cukup, itupun jiran yang sama juga uruskan. Entah lah, kami tak mau berburuk sangka.

Urusan pencen mengambil masa berbulan-bulan. Sehingga peringkat Mak makan nasi berulamkan garam. Sedekah orangramai tak bertahan lama. Simpanan Abah tak banyak dan dia tiada insuran nyawa. Adik masih sekolah, kakak dan saya masing-masing di universiti. Saya tak ada biasiswa.

Pada awal sebulan dua kematian Abah, jiran-jiran, kawan-kawan Mak-Abah, saudara mara, ramai yang membantu. Selepas beberapa lama, bantuan terhenti, sebab isteri masing-masing cemburukan Mak yang kini berstatus janda. Ketika Mak keliling kampong cari bunga untuk dibuat bunga rampai nak tabur di kubur Abah, fitnah yang tertabur! Kononnya Mak nak bunga-bunga itu untuk mandi bunga memohon jodoh baru. Kesian Mak.

Walaupun saya sendiri bekerja, Insya-Allah tak bergantung sepenuhnya pada suami, saya sendiri tak terbayang kehidupan tanpa dia. Malahan takut nak membayangkannya.
Saya tak mungkin faham perasaan Chet sebab saya tak pernah melaluinya. Namun saya kira saya faham perasaan anak-anak Chet yang ditinggalkan ayah.

Kalau bolehlah saya seru di sini, jika anda ex-SAMURA, jika anda kenal Zaitun Muhamad, batch SPM 1987 dan ingin membantu meringankan beban hidupnya dan membawa sedikit keceriaan untuk anak-anaknya di Hari Raya nanti, hubungi lah saya.

Jika anda tidak kenal Chet sekalipon, dan tetap ingin membantu, hubungilah saya.

9 Comments:

Blogger tajudin said...

OK. ingat HAY - HAY...

11:50 PM  
Blogger tajudin said...

eh, 1 more thing (bahas melayunya satu lagi, bukan MORE makan lepas terawih pulak), mu punya ASBC dasat dah tu...

11:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

klakar baca part budak2 sarjana perempuan rock ... rock ker?

1:36 AM  
Blogger Queen Of The House said...

Kasihan Chet dan anak-anak. I remember when a brother-in-law passed away suddenly, his wife said "Rasa macam dunia ni dah gelap". Alhamdulillah after a few years she seems to be doing fine. Itu dia bekerja dan adalah pencen etc peninggalam my BIL.

On your own experience, sedihkan, bila dalam keadaan macam ni, ada juga jiran yang tergamak ambil kesempatan. Opportunists are everywhere. Bukannya nak tolong dengan ikhlas.

12:50 PM  
Anonymous Anonymous said...

Mem

Kindly furnis us with her home address.

9:17 PM  
Anonymous ayda said...

semuga Allah mempermudahkan kehidupan dan urusan cik zaitun... disetiap kesusahan ada kemudahan...

10:32 AM  
Blogger dith said...

Ood-

Banked in small amount into Nett's acount...hope helpful

10:42 PM  
Blogger OOD said...

Tengkudin,
HAY HAY amenda? menyanyi ke?

Anon,
tak rock ke? Dia ada dua je. Either Rock atau New Wave.

QOTH,
I hope i am but i dont think my experience is unique. There are a lot of vultures out there just circling around the weak waiting for their moment. Crazy. That such kind of people existu!!

As for Chet, sometimes when you have kids, you know you have to rise up to the occassion and be strong. I worry about her but maybe i shouldnt worry too much kan?
Thanks QOTH.

Anon,
email me. will get you the address there.

Ayda,
amin. I hope the day will soon arrive when she can look back at today and be proud of herself that she steered the kids okay through this.

DITH,
thank you. I am sure it will help her. this 'thanks' though, is from me.

7:06 PM  
Blogger Ina said...

Dear OOD,

feel compelled to help 'chet'. Can you email me at mazlinaaris@yahoo.com. Thanks.

1:41 AM  

Post a Comment

<< Home