Wednesday, June 04, 2008

Tuan Nasi Lemak

Pada hari Ahad dua minggu lepas, kami membeli nasi lemak dari sebuah ‘kedai meja’ tak jauh dari sekolah anak. Penjual nasi lemak itu, Tuan NL rupanya seorang yang amat ramah. Dengan mesra seperti sudah berkawan lama, dia menghulurkan tangan kepada Yamtuan kemudian menggoncang tangan Yamtuan kuat kuat, ‘tahniah dapat anak baru’, katanya.

Kami terpinga-pinga sejenak. Siapa dia ini, sepatutnya kami kenal dia kah? Rasional kami, mungkin kerana Dyna yang saya dukung memang bersaiz kecil, jadi tentu tidak sukar untuk Tuan NL meneka bahawa Dyna masih baru lagi. Atau… mungkin bentuk badan saya yang hancolodo memudahkan sesiapa pun mengagak bahawa saya baru melahirkan Dyna.

Tak kesah lah. Sapaan Tuan NL kami sambut baik. Ucapan tahniahnya kami balas dengan terima kasih. Tuan NL seperti zarah yang dikenakan tenaga haba, teruja.

Beberapa hari selepas itu, kami singgah lagi ke kedai mejanya. Nasi lemak nya boleh tahan sedap.
‘mana anak saya? Kenapa tak bawak anak saya?’ katanya.
Anak tuan? Wah!
Yamtuan ketawa, dan saya menjawab, ’dia sekolah’.

Selepas itu, di dalam kereta, Yamtuan sedikit bersungut, ’ponek den buek, kau sonang yo mengaku anak kau’. Hehehe...

Esoknya kami singgah lagi. Macam kata saya tadi, nasi lemak dia sedap. Sekali lagi Tuan NL yang amat-hyper-ramah-tamah bertanya khabar anaknya.

Tanpa didengari oleh Tuan NL, Yamtuan bertanya kepada saya, patutkah dia bercakap pada Tuan NL, ’den baghu bayarkan duit sekolah anak kau, tujuh ratuih. Bilo kau nak bayar balik’. Saya kata, mintak duit sepital masa bersalin dulu pon ok jugak. Bukan sikit-sikit kami bayar pada Pantai.

Tadi, kami singgah lagi. Dia menjengah dahulu ke dalam kereta. Katanya. ‘nak tengok anak dulu’ tapi macam biasa, anak2 tiada dalam kereta kerana sudah dihantar ke sekolah. Sewaktu membayar, Yamtuan hulurkan sekeping duit not 50. Saya ambil semula duit tu, saya kata, saya ada duit kecil.

Tuan NL terus berkata, 'eh bagusnya, memang sayang awak'.

Err...

Yamtuan ketawa pahit pahit, saya pulak ketawa-ketawa tidak selesa.

Mesra nya gurauan Tuan NL! Melampaui batas bayam! Kalaulah Yamtuan tu jenis orang yang kuat cemburu dan berfius pendek, tentu ada kereta yang sudah diterbalikkan. Tentu Tuan NL sudah 'dipighek-pighekkan' (perbuatan menindas di atas kuku sehingga mati, macam cara membunuh kutu).

Sayang! Nasi lemaknya sedap.

14 Comments:

Blogger maklang said...

Sebab terlebih lemak lah tu...nasik lemaknya sodap...

kalau bayam dah terlobih batas, den pun lomeh dongar...

12:38 AM  
Blogger dith said...

Hehe, apo kono gamoknyo si tuan nasi lomak ni yo?

Dah lah Ood, cari le nasi lomak di kedai meja lain. Hati den tak sodap ni, :p

8:52 AM  
Blogger Makji Esah said...

Harap an nasik lomak yo sodap takdo makno eh do...tah hapo lah peghaso eh poei mengaku anak ekau tu anak dio..agak eh, dalam palo eh yg ponuh mo lomak nasik lomak tu teghaso dio lah yang tukang membuek eh kot? Cilako!!! Memang patut kau lontung palo eh...cis!!!

4:31 PM  
Blogger Tigress said...

Kejap, kejap, kejap...

Ni nak tanya sikit la ni... sikit je.. Yang asyik mengulang selalu kat kedai tu, pasal nasi lemak yang sedap ke, or Tuan NL tu sedap mata memandang? Kwang..kwang..kwang... Mintak diri dulu la ye...

11:35 PM  
Blogger OOD said...

telobih santan, telobih lah lomak eh.

jadi, tak sudi lah laie singgah kodai eh...

DITH,
tu lah, pantang nasi lomak lah nampak gayo.. eloklah.
i dont think he has malice intent tho (berbaik sangka ni), only kurang tatasusila, lebih berlebih-lebih.. takpe lah... beli lah tempat lain.. kan?

hajah,
itu lah tu. apo di hisap ntah acik tu, meghepek bona cakap eh. Tukihhhh laie nak kono pighek.

11:36 PM  
Blogger OOD said...

tigress,

takpe, takpe... tak marah (sambil mengasah gigi).
tuan NL tu tak sedap mata memandang lah. TAK LANGSUNG!
Tadi tanya Yamtuan, 'awak ada tergugat tak dengan Tuan NL? Ada cemburu apa2 tak?'
He answered, 'tak. He's not your taste..'
MWAHAHAHA... my yamtuan has loads of self confidence! Makes me wonder what 'my taste' is, according to him. Dah kawin where can got taste still? Kan?

11:42 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ood,

I think something must be not right up there in TNL head :-P.

There should be a movie in his life story.


Rgds,

KNA

3:34 AM  
Blogger Ailin in Aalborg said...

Dia disillusioned Ood..... sabar ajelah.

1:13 PM  
Blogger shidah said...

dah menyampah bona, pepagi ekau masak yo nasik lomak sendighi. tak kigho la sodap ko tak, balun yo, janji konyang.

11:57 PM  
Blogger Kopi Suam said...

tokey nasik lemak ni sah memang banyak lemak betui...heeh heeh

5:42 PM  
Blogger Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

nasib baik uncle nasi ayam damansara jaya tak ramah camtu!

10:23 AM  
Blogger OOD said...

Bro KNA,
he cant be very right up there if he says all those things infront of his wife and Yamtuan too kan?
A movie? Rosyam Noor starring as TNL!

5:43 PM  
Blogger OOD said...

Nordic Convert,
disillusioned.. hmmm, daringly!

shidah,
den makan nasi sojuk yo.. bogheh dah mahal, sayang nak buang nasi.

kopi suam,
Setuju! memang sepatutnya di taji-taji kan..

dr B,
mana dia berani kacau perempuan nigerian ittew.

9:12 PM  
Blogger nonnie78 said...

salam kenal..

nice entry. more interesting cos used bahaso negori.. Tuan NL tu dah lamo idup, tu yg mulut eh camtu.. kutkn nasi eh raso cam byk laie kodai lain yg sodap dan lomak2. ronti'an boli kek situ kalau harap nasi jo sodap, tp ati tak sodap!!!

2:35 AM  

Post a Comment

<< Home