Thursday, September 27, 2007

Autumn in Korea

Kita kenal Korea pon sebab Winter Sonata, sebab Junsang.
Lepas tu Autumn in My Heart.
Lagi, cerita Taegutchi ke apa ntah tajuk dia, cerita perang tu yang ada dua orang adik beradik tu.

Kesimpulannya, orang Korea ni memang pandai buat kita menangis.
Baru 5 minit main cerita tu, kita dah pegang tisu.
Lepas sepuluh minit, mata merah, hidung berair.
Bila cerita habis, kita memang dah kena ambik anti-depressant pills. Maunya tak, kalau dah menangis sampai teresak-esak, sampai pening. Aduhai... siksa betul.

Pagi tadi, sampai ke Incheon Airport, Seoul. Tak menangis lagi.

Petang pi melawat kilang ginseng. Baunya, omak oi... keputak! Berair mata, merah hidung. Tisu takde.

Diberinya pulak cenderamuka sabun ginseng yang bernilai ratus-ratus USD - untuk memutihkan wajah. Tahan lagi. Takkan tak nak pulak kan? Perempuan mana tak nak fair and lovely? Balik bilik, tinggalkan atas meja, pegi dinner.

Sampai bilik, bau ginseng mekar semerbak sebilik. Lekat baunya di mana-mana. Di cadar, di bantal, di towel, malahan di selipar sekali pon.

Masa tu menangis. Dan muntah. Dan menangis. Dan muntah.

Orang Korea ni memang pandai buat kita menangis. Lambat deras je.

8 Comments:

Blogger Nazrah said...

memang orang korea pandai buat orang menangis...pasal orang korea la, suami terpaksa pegi tempat lain nak cari rezeki...nangis dibuatnya korea!!

meanwhile, *huggggggggsssss*

8:55 AM  
Blogger elisataufik said...

werrr bau ginseng camner ek?
pahit2 gitu eh?

6:39 PM  
Anonymous Anonymous said...

awak jangan terbawak bawak derama korea balik ke sini sudah le. kang beraya dalam salju kita.

12:22 AM  
Anonymous Anonymous said...

Ood,

Do you know dekat Ampang area esp around surrounding Ampang point, banyak Koreans and they have set up businessess there?

I love Korean food :-)

Rgds,

12:24 AM  
Blogger OOD said...

oh nazrrah,
jadi kita nak buat apa dengan orang korea ni? nak nangis saya!
hehe..

*hugsssssss-u-back*

elisataufik,
kan ada pati ikan polleney dengan american ginseng, dan ada banyak kopi dengan ginseng? Buang bau hanyir ikan, buang bau kopi, yang bau kuat dan pahit tu hah, ginseng lah tu.
Baru balik dinner dengan pakcik ginseng tu, di baginya pulak sa bag sorang akar ginseng. Disuruhnya makan lat lat tu jugak. Adoyai...

anonymous,
beraya dalam salju? bunyik macam ok jugak tu.. hehe. Ada ginseng sebagai pemanas, apa pun boleh.

*bagai syurga tanpa bidadari
kau umpama hembusan nafas terakhir
.. ke akhir hayat kau ku cinta
-Hazami - Sonata Musim Salju*

kna (kan?),
ampang point jauh... kami kat ampang park. i LURVE korean food too. Hok yang grill tu. Tapi kat sini tak jumpa yang halal. So seafood steamboat. with kimchi of course.

7:02 AM  
Blogger JoKontan said...

Oooody,

Try my very best to describe semerbaknya Ginseng..

"Aroma-nya terasa hanya di hulu halkum kelat pahit seperti halia tua yang dibiarkan kering begitu saja di campur dengan masam hanyir ber-urat umbut kelapa sawit yang direndam dalam air masak suam selama beberapa malam. Rasa mer-loya ini seperti baru lepas muntah akan berkekelan di lelangit buat beberapa minit..


Take care. Body mau pakai lama..

:-)

10:02 AM  
Blogger anasalwa said...

Ood,
Yang muntah tu, pasal ginseng jugak ka?

5:24 PM  
Blogger OOD said...

Bro Jo,

accurate description of the busuk-pahit ginseng, walaupun i dont have halkum, hehe...
kat golden lounge ni, sat gi nak fly back. Tapi flight delay. Patutnya 11am, dia sudah delay ke 3pm. Gantirugi cuma kupon makan bernilai 15,000won. Appara. Ingatkan boleh berbuka dengan family petang ni...
Naik radang satu badan!

anasalwa,
muntah tu pasai, ermmm... *kuis-kuis lantai dengan kaki* .. ermmm... ginseng lah. ;o)

5:49 PM  

Post a Comment

<< Home