Aku, Dia dan Setem
Semua orang mempunyai hobi tersendiri. Seperti semua orang lain, saya juga mempunyai hobi. Hobi saya ialah mengumpul setem.
Dengan mengumpul setem, kita dapat mempelajari banyak perkara tentang negara lain. Warna dan corak nya yang berbagai-bagai dan berwarna-warni amat menghiburkan hati saya. Mengumpul setem juga memberi saya peluang berkenalan dengan ramai sahabat baru yang mempunyai hobi yang sama. Dengan mereka saya boleh bertukar-tukar setem.
Pada zaman dahulu kala, saya sering pergi ke Jabatan Perkhidmatan Pos untuk membeli setem kenang-kenangan. Saya suka pergi ke sana. Malahan, semasa umur saya 6 tahun, cita-cita saya ialah menjadi kerani penjual setem di Pejabat Pos. Saya gemar menulis surat dan seronok menerima kunjungan dari Encik Posmen setiap pagi.
Apabila saya bersekolah di asrama penuh. Kedatangan mel amatlah menyeronokkan. Menerima surat, poskad dan aerogramme adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Ketika itu saya ada ramai sahabat pena. Mereka saya perolehi dari rancangan televisyen, Big Blue Marble. Ada sahabat dari Iraq, Amerika dan United Kingdom. Surat dari mereka akan datang dengan stem yang cantik-cantik. Seronok sungguh!
Seminggu sekali, van besar berwarna merah akan masuk ke kawasan sekolah. Kami akan beratur panjang untuk pelbagai urusan. Ketika itu keluar-masuk duit pon boleh dilakukan di sana. Kalau mak-abah mengirimkan money order atau postal order, disitu lah saya akan beratur. Van itu besar, mungkin ia sebenarnya lori. Saya sentiasa terpaksa memanjat dengan kaki terjuntai-juntai untuk urusan. Kedatangannya amatlah dinanti-nantikan.
Kadang-kadang bila menulis surat saya akan menggunakan stem berbagai nilai. Ketika itu, stem untuk poskad adalah 15 sen, dan surat 20 sen. Sebagai contoh, saya akan membeli stem bernilai 1 sen dan menampal 20 keping di atas sampul surat. Kadang-kadang stem itu ditampal bersusun-susun dan bertindih-tindih. Di bahagian belakang sampul surat saya akan tulis ucapan terimakasih untuk Encik Posmen yang rajin dan baik hati.
Seronoknya bermain stem!
Selepas tamat tingkatan 5, semasa menunggu panggilan ke universiti, saya isi masa lapang dengan menulis berkajang-kajang surat untuk rakan-rakan sekolah. Setiap hari saya akan menerima purata 20 pucuk surat! Menjelang tiba hari raya pula, kad ucapan yang saya terima teramatlah banyaknya. Seperti seorang artis! Dari setiap negeri yang berlainan, gambar sultan pada setemnya juga berlainan. Gembira! Di musim hari raya, kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos sehingga tidak menang tangan mengecop kad-kad yang dikirim. Setiap musim perayaan, mesti ada jawatan sementara untuk menyusun dan mengasingkan kad-kad ini. Untuk membeli setem pula, kita mungkin terpaksa beratur panjang sehingga beberapa kali lipat.
Namun sejak kebelakangan ini, sejak e-mail menggantikan snail mail, saya jarang sekali menerima surat. Bil adalah. Itu banyak! Bosan sungguh. Koleksi setem saya tidak bertambah. Tentulah kini saya tiada masa lagi untuk mengikuti perkembangan keluaran terbaru setem kenang-kenangan!
Saya lihat di kedai Pos Berhad, teller penjual setemnya bukan sahaja sangat menang tangan, malahan mendapat kemenangan mudah. Kalau ada barisan panjang di kaunter, selalunya untuk urusan pembayaran bil sahaja. Bil lagi!
Raya akan menjelang tak lama lagi. Satu-satunya kad raya yang sudah saya terima adalah dari Menara Optometrics, itu pun kad rayanya merangkap kupon untuk diskaun! Ini perbuatan tidak ikhlas! Ucapan hari raya berbetuk e-greeting adalah. Tapi tak sama, tak ada setem. Syarikat-syarikat yang saya bayar bil mereka setiap bulan itu, tidak pula menghantar kad raya! Tidak mengenang budi sungguh.
Mungkin saya terpaksa berlaku seperti Mr.Bean, mengirimkan kad hari raya kepada diri sendiri. Tak dapatlah saya berpantun 'pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas'.
Selamat hari raya kepada semua sahabat dan kenalan dan handai dan taulan. Semoga hari raya kita semua hari yang diberkati dan penuh dengan kebaikan dan kasih sayang. Semoga perjalanan dan urusan kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.
Sekian.

22 Comments:
selamat hari raya ood!! kalau kita dua raya kat KL, datanglah rumah eh?? lepas tu kita gi zoo!
Bila baca entry ood ni , rasa macam tengah beri markah untuk karangan masa sekolah2. Rasa macam cikgu balik.
Selamat Hari Raya. Macamana keadaan mak ?
hehehe... lawak komen mrs amd. karangan ni saya kasik lima bintang.
***** (nah ambik nih)
Dulu-dulu saya juga kumpul setem. setem saya sangat banyak tapi pada satu hari kakak saya beli semua setem saya hanya dengan RM50!!! saya sungguh bodoh kerana menjual setem2 itu. saya sangat menyesal.
kalau nak stamp dari singapore.bak sini address.dedogheh! nak poei pos opis luso!
Ood- Kali ini entry anda teramat lah serious. Ingatkan tersilap blog org lain, heheh...Mak apa kabo?
Tatabahasa 89%, jalan cerita dan isi 67%, ejaan, 93%. Markah penuh kira sendiri, hehehe
About your mak I think you should start the alternative treatment now.
Ood, entry ni langsung tak de lawak jenaka...tapi, Auntie sakit perut gelak....rasa macam membaca karangan budak sekolah...markah memang bagus macam AuntyN bagi tuh...;-)
Ood...memang hebat bila menulis dalam BI....
p/s:for next entry, please be yourself!!!
Ood,
No wonder you can write fluidly. Sejak dari kecil lagi sudah diasah setajam semungkin dengan penerimaan purata 20 pucuk surat !
How's ur mom ? My pray is olways with her.
nefertiti!
eid mubarak indeed! Kalau datang KL, must raya my house!
Anedra,
can! can! i want! I want! Hari raya mesti hidang sirap tau!
cek egu mrs amd.
i say the man... excuse me teacher, can i go out shishi?
mak's condition is improving. The wound is healing nicely but she herself berubah perangai. Garang and angry, i guess it is normal post-op or post-amputation or drug after effect?
hana kirana,
oh awak tak adalah koleksi setem lagi? nyeng nyeng nyeng... :op
saya ada DUA album penuh lagi!
nazrah
nak? nak! Put lotsa! okay?
dr house,
ini adalah blog saya. Kadang-kadang saya sivik jugak ;o)
itu lah, mak berubah perangai... bercakap sonsorang, marah-marah, macam tak berapa sedar! Tak permanent macam tu kan?
AuntyN,
TE rimaka SEH CEK GU!
AuntieYan,
lepas ni saya akan berbahasa urdhu pagal nahi nahi por por pulak. Serious!
jokontan,
hehe... kena asah tajam tajam ye? Jangan asah pensel dua-dua hujung tau, kawan2 kata nanti umur pendek.
mak's healing. Hari ni i baru mendapatkan the 4-legged walker untuk dia! thanks.
kak ood,
saya dah keje baru minat kumpul setem sebab masa tu dah ada duit :), tapi saya lebih suka setem kenang-kenangan
balik kluang tak? kalau lalu bp singgah le umah saya..:)
She's not running a temperature is she? She could be delirious due to infection that has gone to the brain.
If not it could be secondary to the stress, being depressed and all. But you better mention to the physician.
my stamp album, dah pass to my eldest daughter. dia sungguh excited tengok setem malaya.
oody berblog dlm bahasa melayu! gua caya sama luh babes!
Eid Mubarak to u too...maaf zahir batin kalau aku pernah berdosa terhadap mu!
noha chomel,
tak balik kluang kot, raya di jalan pahang (GHKL) je kot...(harap-harap ada menteri datang, lepas tu boleh keluar tv!!!).
Ohhhh mu maghi daghi BP Ohhh.. dekak kapung kawe deh..
dr house,
no temperature, no. I've told the drs, they say it is the GA after effect, since she had 2 GAs 1 week apart. Last night she wasnt angry but she still was lupa-lupa like that. She swore she saw a cicak crawling into her bandage. And that there was some 'thing' kept poking at her etc... but at least not angry.
the wound is healing ok still. Everyday i worry that it would get infected. So far, alhamdulillah, still ok. they opened the stitches where 'exploration' for by pass was done, it was good too.
Today she has appointment with physiotherapy.
:o) dah okay kot? I need not worry anymore kot? Dare i be hopeful?
Shidah,
umur awak lebih kurang umur saya (agaknya lah), awak juga (pernah) memiliki hobi yang sama. Tentu molek jika dulu kita boleh bersahabat pena. Tentu kita boleh bertukar-tukar setem dan kertas percubaan SPM.
Setem malaya! haha.. setem dulu sempoi je kan?
saudari ely yang kucing tahi,
salam lengkong!
(jawapannya ~ lengkong salammmm)
selamat hari raya dari ku untuk mu. Nantikan perutusan hari raya dari ku yang akan tiba di tempat mu tak lama lagi (lepas raya kot..).
merasa jiwang pula diriku bila berbahasa kumu-kumu.
yup, im from batu pahat...
takpe kak, kat mana2 pun raya sama jek...lagi pun kat mana ada mak kat situ lagi best..
semoga mak cepar sembuh!
OOD! Hari ini semasa mengemas cabinet, saya terjumpa dua album setem dan ianya sungguh menraik sekali! Ada cerita disebalik semua setem-setem itu! Jika hendak melihatnya, boleh saya petik gambar dan hantar kepada awak! Jika awak masih mengumpul setem, berilah saya alamat awak supaya saya dapat hantar kad raya ke rumah awak bersama dengan setem United Kingdom! Okay kan? :D
nohachomel,
bawak balik beriani gam ORI BP satu! Nanti kita bagi address! hehehe..
mamijarum,
pinggan tak retak, nasi tak dingin
saya SANGAT hendak, saya SANGAT ingin!
Jikalau begitu... Jangan lah malu, janganlah segan, bak kasilah alamat itu!.... :D
thx for ur karangan.Selamat Hari Raya!!!
Joam la tukar setem ngan I; email I at prisend@hotmail.com. I banayk setem overseas.
kau beli je setem macam aku ni........aku tak pernah langsung dapat surat yang ade setem cantik cantik.....jadi aku beli lah setem hari pertama kat pejabat pos
Post a Comment
<< Home