Monday, May 30, 2005

Please teacher may i go out?

Kepada Yang Berkenaan
Permohonan Cuti Tahunan

Sebagai mengikut nasihat makcik kampung dan makcik blur, saya dengan ini, memohon secara rasmi untuk dikecualikan dari tugas-tugas blogging mulai Khamis Jeudi 2hb Juni sehingga Isnin Lundi 6hb Juni.

Ini adalah kerana saya INGIN menguruskan majlis perkahwinan kakanda kepada Yamtuan. Majlis gilang gemilang ini akan diadakan di tanah jajahan Yamtuan iaitu di Kuala Pilah.

Sepanjang ketiadaan saya, tugas-tugas menyelia blogspot Anakikan dan memantau blogspot2 lain TIDAK akan diwakilkan kepada mana-mana pihak. Saya ulangi, TIDAK akan.

Sebarang urusan yang mustahak jika ada, diminta pihak puan/tuan tidak uruskan lah, senang macam tu.

Sekian.

Terima Kasih.

Yang Benar,
OOD

15 Comments:

Blogger Kak Teh said...

permohonan yang dibuat secara mendadak dan agak singkat masanya ini, dan hanya dengan satu salinan sahaja, tanpa apa-apa notis atau pemberitahuan yang diberi di blog-blog berkenaan, akan diteliti dengan sehalus-halusnya. Dan memandangkan tujuan bercuti ini ialah untuk menguruskan kenduri kendara , ia itu suatu tujuan yang murni dan mulia, maka, kemungkinannya, mak cik blur akan memberi kebenaran. wabagimanapun, sayatidak berhak membuat sebarang keputusan unilateral. Dalam masyarakat kita ada juga apa yang dipanggil 'mesyuarat' dan selepas mesyuarat mingguan kami di bawah pokok cherry, kami akan bentangkan keputusannya. Dalam pada asa itu, teruskan kegiatan-kegiatan yang dianggap sesuai dan waras.

9:19 AM  
Blogger atenah said...

eh ramainya blogger from pilah or married to pilahans

11:31 AM  
Blogger Nazrah Leopolis said...

hennceforth , i dub dee anak ikan penggeletek...u r so funny Ood...
tergolek golek i every time i read ur blog.

kek pilah kenduhi eh ado caklempong tak? enjoy the riot!

8:16 PM  
Blogger anedra said...

I have to agree with Nazrah! Memang tergolek baca your blog!

9:57 PM  
Blogger AuntyN said...

Permohonan masih dalam pertimbangan, sehingga di beritahu kelak (selepas mesyuarat denagn Makcik Blur di bawah pokok cherry tu)

Makcik kampung

9:21 AM  
Blogger Kak Teh said...

Oleh kerana pokok cherry yang selalu menjadi tempat mesyuarat tergempar seperti ni telah pun ditumbangkan oleh pihak2 yang tak bertanggungjawab, nampaknya keputusan akan dilengahkan lagi. Harap bersabar. Tak elok pulak kalau dua orangmak cik dok bertinggung tepi jalan sambil bermesyuarat, berpayungkan surat khabar lama.

9:27 AM  
Blogger OOD said...

(Bersungut dalam hati)
alahhhhh.... esok dah nak cuti, keputusan tak dapat lagi (sambil berjalan mundar mandir). kalau tak balik kampung, sapa nak menikahkan pengantin tu besok.. ish. Macam ni pegi beli MC je lah..

7:52 PM  
Blogger AuntyN said...

Mak Cik Blur, bila nak hantar notis mesyuarat baru tu, dah pilih tempat baru ke?

Sian budak ni , kita kena buat keputusan cepat ni, takut sat ni dia terus saja lari macam tu saja. Sila tetapkan tarikh and tempat mesyuarat secepat mungkin

Yg benar
Makcik Kampung

1:14 AM  
Blogger Kak Teh said...

tak pa, kita buat video conprensing saja. lagu tu lagi senang.Tapi kak teh kalau dok rumah pakai baju kelawar saja, bedak sejuk putih melepak..so jangan takut no? kita sms lah keputusannya - dunia la ni, semua boleh buat tak payah pokok cherry dah!

2:07 AM  
Blogger AuntyN said...

OK Kak Teh Jadi siap VC tu, cek pun sama pakai baju kelawaq dgn bedak selepong tu. Nanti Kak Teh SMS OOD keputusan kita no...

Makcik Kampung

7:28 AM  
Blogger Kak Teh said...

cuti diluluskn. gaji potng. bawa balik nasi kenduri dlm sia'.

11:16 PM  
Blogger AuntyN said...

Ni mai jugak round, round kut2 ada sapa kepak pokok ke, pecah tingkap ka. Hari ni I dah juruih pokok dah esok2, Kak teh lah pulak kut no..

11:45 PM  
Blogger Kak Teh said...

tak boleh, kak teh sakit belakang. Tunggu OOD balik suruh urut!

4:12 AM  
Blogger hana_kirana said...

aik tak abis coti lagik?

8:15 PM  
Anonymous Anonymous said...

hi ood,

maybe lambat sket jumpa ur blog nih, tapi best! tak larat nak gelak dan dah nak semput nih...

12:39 AM  

Post a Comment

<< Home