Jiwa Rojak
Hari ini ialah hari penggunaan bahasa Melayu di jabatan saya.
Saya tahu, banyak kementerian menganjurkan Hari Bahasa Inggeris (BI) seminggu sekali. Namun pada pendapat saya, keadaan Bahasa Malaysia (BM) lebih parah lagi. Bila satu hari dalam seminggu dikhususkan untuk Bahasa Inggeris, hari yang enam lagi Bahasa Malaysia tetap tidak digunakan. Bahasa kebangsaan kita mungkin Bahasa Malaysia, namun bahasa pertuturan kita setiap hari adalah Bahasa Rojak. Kerana itu, kami menjadikan setiap hari Isnin sebagai hari BM.
Ketika suatu rancangan temubual di TV, ada suatu kementerian menghantar 3 wakil – seorang Cina, seorang Melayu dan seorang lagi berbangsa Inggeris. Rancangan TV tersebut disiarkan di RTM1 dan sepatutnya menggunakan Bahasa Malaysia.
Si Cina menggunakan BM dengan baik sekali.
Si Inggeris tidak tahu berbahasa Malaysia. Dimaafkan.
Si Melayu sama seperti si Inggeris. Alangkah malunya!
Saya sendiri sama bersalah. Saya lebih fasih berbahasa rojak dari BM ataupun BI. BM cukup makan, BI pula sekadar ‘so-and-so’.
Institut Alam dan Tamadun Melayu, (ATMA) UKM membuat penyelidikan terhadap penggunaan Bahasa Kebangsaan di media elektronik baru-baru ini dan melaporkan bahawa penggunaan BM di TV9 misalnya, adalah 0%. Menyedihkan! Stesen TV yang lain sama teruknya. Di TV3 beberapa hari sudah, sewaktu Buletin Utama, saya terlihat perkataan ‘fi’, digunakan untuk terjemahan ‘fee’. Mengapa ‘fi’ jika ada perkataan ‘yuran’ dalam perbendaharaan kata BM? Mengapa ‘orijinal’ kalau ada ‘asli’? Apresiasi, informasi, radiasi, persepsi? Ketika jabatan kami menerima kunjungan tetamu dari Amerika, dia mengaku kepada saya, betapa mudahnya pelancong di Malaysia. Bukan sahaja kerana hampir semua rakyat Malaysia boleh bertutur bahasa Inggeris, malahan sekiranya mereka menggunakan BM tetap mudah difahami kerana kebanyakan perkataannya adalah perkataan BI yang ‘dialih-eja’.
Ada tabung denda disediakan di jabatan saya, 10 sen untuk setiap perkataan BI yang digunakan hari ini. Akibatnya, seluruh jabatan saya senyap dan sunyi. SUSAHnya bila perlu berBM!

4 Comments:
Overheard recently:
Indian from India and Bangla - bercakap guna Bahasa Malaysia
Malaysian Indian and Malaysian Chinese - conversing in English
Melayu and Melayu - conversing in Bahasa Rojak .......
Nak cakap apa lagi .....
Dear OOD,
Alamak! Saya pun sama jugak... memang menyedihkan...
Rojak paling sedap kat KL ialah di Jalan TAR.
Rojak petis kat Tanjung, Muo pun sedap jugak...
Saya amat bersetuju dengan pendapat anda, sememangnya amat sukar untuk mendengar BM ditutur dengan baik oleh orang Melayu. Malahan jika kita menonton Berita TV, pasti apabila ditemu bual orang kanan dari parti MCA, pasti mereka lebih berjaya menggunakan BM dari orang kanan dari parti UMNO.. sungguh menyedihkan. Namun saya benar-benar berbangga dengan Menteri Penerangan, kebudayaan dan warisan kita, beliau sentiasa menjaga tutur kata BM nya dengan baik.
Post a Comment
<< Home