Wednesday, November 19, 2008

Hari-hari Terakhir Seorang PeRapid

Pagi Isnin yang muram. Awan tebal. Angin kuat. Macam nak hujan lebat.

Malam tadi lagi dah kemas ’beg sekolah’. Pastikan ada kad pengenalan (sebab selalu tertinggal), lesen memandu kelas L, handphone (bateri penuh), ipod (bateri penuh), duit (RM190 untuk bayar ujian ulangan dan sekurang-kurangnya RM50 untuk makan, tambang dsb). Lepas habis test nanti, ingatnya nak ke Bank Rakyat untuk tuntut hadiah (oh, i havent told you, but i won the Utusan/Kosmo essay competition themed ’ibu ratu hatiku’. Saguhati je), so i have made sure that inside my bag, there was that Bank Rakyat present voucher too.

Bangun pagi-pagi. Kerah budak-budak untuk cepat-cepat-cepat. Saya bersiap pon extra sikit hari ni. Siap pakai maskara. Spray No.5 pon sampai lima kali tekan. Harum. Nanti time test pon bukannya ada JPJ nak dok sebelah, tapi demi memulihkan keyakinan diri kan? Harum. Dan bulu mata hitam, tebal dan lentik. Lipstick jangan lupa. Gloss pon sapu. Merah dan basah. Perasaannya macam cun lah pagi ni.

Packed kids all inside the car. Dah masuk kereta, dah kunci pagar semua, baru perasan yang beg sekolah saya tertinggal dalam rumah. Marah Yamtuan sebab kena keluar kereta, bukak segala kunci semula,bukak kasut, masuk ambik beg dan ulang prosedur mengunci segala pintu dan pagar. Pagi-pagi lagi dah angin. Alamak, orang nak pergi exam ni, dia nak angin-angin pulak.

Dalam kereta semua diam. Cuaca kat luar tak baik. Cuaca kat dalam pon mandom.

Hantar anak ke sekolah. Sun pesan suruh mak dia periksa memandu buat elok-elok biar dapat nombor satu.

Yamtuan hantar saya ke sekolah memandu pulak.

Buat elok-elok. Pesan dia. Jangan over-confident dekat bukit tu. Tang parking, ingatlah yang kancil tu kencil je. Kotak tu besar.

Baik, tuan.

Good luck.

Baik, tuan.

Kiss. Kiss.

Sampai sekolah. Bayar RM190 (dengan tak ikhlas) dan duduk menunggu giliran. Ada lah sekelompok kami yang mengulang. Kebanyakannya gagal side parking lah. Tapi tak ada yang mengaku salah. Semua JPJ yang salah. Takpun kereta yang salah.

Nombor giliran saya 24. Bukan my lucky number. Nombor kesukaan saya ialah 7 atau 9. 2 + 4 baru 6. Cemana nak matematikkan pon tak boleh nak dapat 7 atau 9. Tapi hari ni, tarikh 17/11/2008. Ok lah, ada nombor 7 tu. Hari ni harijadi Abah. Kalau aruah Abah ada lagi, hari ni umur dia 65 tahun. Hati lega sikit. Hari yang baik. Tengok langit, awan hitam dah beransur pergi. Cuaca ngam. Tak panas, tak hujan. Hari yang baik untuk score exam. Kan?

Kemudian nombor saya dipanggil. JPJ perempuan yang panggil. Botak ke tidak, tak tau lah sebab dia pakai tudung. Muka dia pon tak keras macam granite. Biasa-biasa aje. Tak manis, tapi tak lah masam sangat.

Masuk kereta buruk warna biru. Yang punat handbrakenya pon dah pecah. Masa menunggu dalam kereta untuk ujian pertama, naik bukit, dalam hati saya berkata, jangaaaanlah gagal lagi. Tak ingin rasanya bagi sekolah RM190 lagi. Baik lah duit tu digunakan untuk tujuan yang berfaedah. Mengkayakan Encik Sunder dan adik beradik yang memang dah Orang Kaya PJ apalah hasilnya. Pasang nazar dalam hati untuk RM190.

Naik bukit. Berhenti atas garisan kuning. Free gear. Tarik handbrake. Angkat tangan.

Nombor? Dia tanya.

24, puan!

Turun! Dia bagi arahan.

Tekan clutch. Masuk gear satu. Tekan minyak. Balance. Kereta terjongkit. Lepas handbrake.

LULUS.

Terus pergi tempat parking.

Parking pulak. Cikgu kata macam kawad. Pusing steering kiri, lepas tu kanan, lepas tu kiri. Kiripkanankirip. Angkat tangan.

LULUS.

Keluar dari kotak parking terus keluar nak pergi jumpa JPJ. Dari jauh dah kena jerit. BUAT 3-POINT TURN DULU! Oh, lupa tak habis lagi.

Merakas masuk kereta balik. Buat 3-point-turn. Masuk, one stop, two and three stops. Berjaya keluar. Angkat tangan.

LULUS.

Wooooohoooooo!!! Yeeeeeeha! LULUS! Maka saya LULUS!

Pergi pondok JPJ ambik result, dia tick tick tick atas borang, LULUS. Bagi saya borang tu dan cakap, dah boleh pegi beli lori, tapi tak boleh bawak. Kena ambik lesen lori pulak. Waaa... dapat offer sambung belajar you!

Senyum tak putus. Pandang calon lain yang tengah tunggu giliran pon dengan muka penuh jobo. Haha, lulus you. Siapa sangka anak pompuan Encik Othman, ada jugak yang boleh memandu! Ramai orang kalah bertaruh dengan saya. Mungkin sampai Januari ni, hari-hari boleh tuntut makan free. Amaran : Saya Makan Banyak.

~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~
Sejak lulus memandu Isnin lepas, sampai hari ni, Yamtuan bagi saya bawak kereta dia SEKALI je. Itu pun untuk keluarkan kereta dari parking. Adalah tak sampai seminit. Itu pon dia pakai seatbelt dan suruh budak-budak semua pakai seatbelt jugak, dan bukak tingkap luas-luas (manalah tau kena keluar ikut tingkap ke, dia kata). Kalau ada helmet, shin guard segala, mau dipakainya. Cheh.

18 Comments:

Blogger shidah said...

[(2+4)x(2+4)]/4 = 9
See? Ada nombor 9 ..... hehehehe!
Congratulations!

9:05 PM  
Blogger OOD said...

ye lah, ha ah..
[(2+4)x(2+4)]/4
= [6x6]/4
= 36/4
= 9
PANDAINYIEA! Patutlah lulus, lucky number.. ingatkan pasal my skills ;o)

tankiu!

10:30 PM  
Blogger OOD said...

Bro KNA,
hehe... very fuhnee. You know, if all other drivers follow the curriculum, life for me would be so much easier. Because they dont and i havent been taught the Malaysian way, it makes driving for P drivers very very challenging!

Bro Jo,
17/20 On the Road
3/3 In the Circuit.
Total 20/23 = 87%
setengah-setengah uni, 87% dah kira four flat tau.

10:53 PM  
Blogger Tigress said...

My, my, my.....

Oodie!!!! U passed!! U frekoid kezoid kazumka passed!!!!

Whoohoo!!!! I lap u lah!!!!!

12:59 AM  
Blogger tajudin said...

tak sia-sia den buat solat hajat & derma pisang kat surau (he he he, kalau tak lulus jugak, kena diseru nama pegawai JPJ tu dalam blog ni...)

""24, puan! Turun! Dia bagi arahan. Tekan clutch. Masuk gear satu."

Peh, nasib baik ekau tak TURUN keluar dari kereta....ha ha ha

6:16 AM  
Blogger Nazrah Leopolis said...

vah vah vah...syabas mere bete.now i have two drivers in kl.yay!

9:17 AM  
Blogger Unknown said...

Ood,

Congratulations on the new lesen ehhehehe... remind YamTuan, the secret to a good driver is practise...

5:41 PM  
Blogger Roti Kacang Merah said...

Muka penuh jobo tu acaner...?

aritu yang fail tu mesti tak pakai maskara tebal-tebal and guna perfume banyak-banyak, ni....

anyway,
CONGRATULAYSHEEEEENSSSS!!!

so, acam? mau sambung belajar bawak lori pulak tak lepas ni???

psst.. jangan lupa nanti beritau kami bila awak dah declare kat borang naik pangkat yang awak dah ada lesen memandu!!! nak kongsi excitement, ni!!!

11:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

yuhooooo...wah wah dah lulus kawan gue ni. mesti lulus sebab your daddy was smiling down from heaven looking at his darling dot. so bila nak drive mai putrajaya ni?

6:13 AM  
Blogger elisataufik said...

ha ha ha kelakar sungguh cerita ini.
Membibit kembali memori gabra ku..

Tahniah tahniah...!

p/s perempuan memang lemah bila nak bajet distance. Remember this argument the first time you langgar pagar nanti.

9:27 AM  
Blogger noha chomel said...

hahahhaha.....sgt lawak itu yamtuan...anyway, congratulations! byk berlatih, lelama mahir la nanti :)

7:12 PM  
Blogger Lim Meng Keong said...

This is, by far, one of THE BEST piece I've ever read! Kelakar gila.

Congrats!

2:19 AM  
Blogger Desert Rose said...

Way to go gerl....happy 4 u.

Tapi ni pesanan dari driver OTAI k...

Ingatlah Kanda, walaupun nanti u dah 10 tahn dapat lesen mcm I, harapan untuk mendapat kebenaran laki untuk memandu keta dia adalah tipis, ESPECIALLY if he is in the car also. Even dia ngantuk tahap Gaban Horny pun, dia lebih rela memandu sendiri. (Itupun if ur Yam Tuan tuh berperangai lahanat macam laki I la, harapnya tak lah kan.But just to remind u, risiko tu ada sebab mereka adalah LELAKI dan berasal dari planet lain, bukan earthlings macam kita)

6:35 PM  
Blogger aqriz said...

syukur... i think got to buy your own car if you want to drive :-)

pasal apa, dah masuk 1 tahun, kita lulus memandu, CUMA 5 kali je suami kasi drive HIS car

7:14 PM  
Blogger Elysha Nur said...

Alhamdulillah... Congratulations K. Ood...

9:23 PM  
Blogger Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Madam,

I hope I won't be meeting you on the road.If so,I shall keep my distance (at least 100 metres away) from you.Haha..I takut calar kereta I nanti ...ahaks!Hahaha....

Congratulations! Hehe..

11:36 PM  
Blogger OOD said...

Tigress,
you lap me so well i am so lapped! Thank you!!

Kudin,
ye la tu sedekah pisang kat masjid... Hehehe... funny. Anyways, mekasih doakan. Ada dua occassion keliru tau. Satu time dia jerit TURUN. Dah parking, JPJ jerit KELUAR.

Nazrah Leopolis,
come, i give you a spin. But let me get my own car first to spin us both in. Cant do it in HIS car, can we? ;o)

Aida,
can i give you Yamtuan's email address? So you go sekolahkan him a bit?

Roti Kacang Merah,
jobo = angkuh
Actually, the office doesnt require me to have a licence. In fact, my CEO sendiri said, so long as i can get to the places they ask me to go t, fine. But it was me who told my immediate superior, dont promote me until i get my licence. Jobo lah jugak tu. Nasib baik pass!

6:00 PM  
Blogger OOD said...

anonymous,
FINALLY kan?
nak drive semeter from the house pon tak diberi, inikan pulak ke putrajaya! Wait till i get my own car eh.... :)

elisataufik,
you mean i will? I will langgar pagar one day? Really? Oh wow.... Okay, i will remember that excuse. Thanks! Hehe..

Noha Chomel,
nak berlatih pon tak diboghi.. cemano?

LMK,
i DARE you to sit in a car that i drive. Ada berani?

Desert Rose,
hahaha, itu machiam ka? Kita kena bawak perkara ini pada Dato Shahrizat. Dia pon tak ncukup issue to win over wanita umno kan. Let her fight for the right of wives to drive their husband's cars!

ligo,
hehehe... things look more and more bleak on my hope to drive his car. Next to impossible nampaknya! Will buy my own and dia cuit nanti pon i go 'HEP!'

lys,
he thinks i should buy something sturdy and intimidating like yours.

dr bubbles,
woi, tak baik tau. Kalau berani, wa celen lu main dekat bukit putus! (hehe... macam bagos)

6:10 PM  

Post a Comment

<< Home