Thursday, September 11, 2008

Perlakuan Tak Senonoh

Hari ni hari ketiga saya diwajibkan tidak puasa.

Tadi waktu lunch, member cubicle depan ajak pegi cari makanan. Saya dah bawak bekal biskut sepeket dan instant oat 3-in-1. Si Ayu terus merayu-rayu mintak teman dia pegi beli makanan kat kantin bawah. Partner-in-Crime nya, hari ni (sebab hari Jumaat) dah pegi Ampang Park. Jadi Ayu tak ada kawan nak makan. Ayu tak sempat minum pon pagi tadi. Dia lapar sangat, katanya. Okay lah. Saya pon rasa macam lapar jugak. Boleh lah.

Kami pon pergi lah ke Food Court di tingkat bawah.

Fullamak, ramai pulak wanita yang bernasib sama ada kat sana. Bukan tapau makanan, tapi duduk makan nasi campur segala bagai. Duduk makan sambil cuba mengecilkan badan dihujung-hujung penjuru food court - biar tak nampak sangat. Ramai.

Ayu kata, jomlah kita makan kat sini.

Saya kata, hish, takkanlah.

Ayu kata takkan nak tapau lepas tu makan dalam surau. Kat surau ada orang puasa yang tidur, pulak tu nanti bau sambal belacan semerbak mengharum dalam surau kan tak elok? Takkan pulak nak makan kat dalam bilik fail. Berabuk banyak, bukan boleh duduk bersila pon. Kena makan berdiri.

Betul jugak tu. Tapi, kalau kita kena hangkut naik lori macamana? Kalau muka kita keluar sokkabar esok macamana? Cermin mata besar tak ada nak buat menyamar.

Ramai lagi ni, kat sini semua orang tak puasa. Kita bukan makan depan orang puasa.

Orang meniaga tu kan puasa?

Dia mencari rezeki. Kita pon tak puasa ada sebab.

Kalau suami saya tau saya makan di khalayak ramai, mesti kena tiao.

Alah, suami saya pon marah jugak. Jangan cakap lah. Lapar dah lembik ni.

Dugaan. Dugaan. Setan tak ada bulan puasa kan? Kena tambat kan?

Sudahnya, saya duduk makan jugak dengan Ayu dekat kantin.

Kenyang.

Perut rasa sedap tapi hati rasa tak sedap. Esok tobat tak nak buat dah.

12 Comments:

Anonymous Anonymous said...

oiii!!!!

-suami-

11:17 PM  
Blogger dith said...

Ood!!!!!!!!!!!!!

Aparraahh!! Ciitttt!!!

*Jentik telinga guna jari tengah yang keras kematu*

Lain kali jangan buat!!!

12:43 AM  
Blogger MA said...

Hahahahaha...!!


Wa tabek sama lu laa...berani! Next time in same situation, apa kata bawak itu kereta (if your fren can drive la or you sudah dapat itu sticker P ke) you just drive ke Mekdonel drive-in ke, then makan ler dalam kereta. Parking kat Tasik Titiwangsa ke or Padang KLCC...

11:51 AM  
Blogger Nazrah Leopolis said...

kat sini, mat salleh pun tak boleh makan in public waktu orang puasa tawww!!!

nasib baik tak tercekik...

idea MA tu bernas...macam dia pernah buat gitewww...

6:00 PM  
Blogger Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

ayoyo...beraninya!

9:53 AM  
Blogger Jo Kontan said...

He he he.

Sib baik tak kena cekop..

Tu,. tengok kat atas tuu. Kan saya dah kata. DITH tuu memang garanggg.


(Hmm. sebab tuu laa anak2 dia terror.)

9:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ood,

Kalau tak boleh puasa disebabkan sebab yang valid;u boleh makan dikhalayak ramai kot.Ke tak boleh?Ada ke undang2 yang kata tak boleh?


Rgds,

KNA

9:36 PM  
Blogger AuntieYan said...

Salam Odd...

Astaga!!!!...nak kena besit dia nih!!! Lain kali jangan buat lagi.
Sapa kawan tu...si Ayu???...dengan dia sekali Auntie nak besit!!

*..wanita memang di beri kelonggaran...ada cuti..tapi, kita tak boleh makan di kalayak ramai.
Lagi pun, perlakuan ini nanti boleh membuatkan non-Muslim tak hormat kat kita. Depa tu, dah le macam antara percaya dengan tidak je kita ni berpuasa.

Isy...mana tempat tuh??...nak report kat pejabat Agama la....(la..la...la...la...!)

5:41 PM  
Blogger Elysha Nur said...

hahaha... apela... dugaan

9:47 PM  
Blogger shidah said...

masalahnya kat msia semua kedai makan bukak. kat office sini, nak minum kat meja kerja pun tak leh, even though u're non muslim....

8:33 AM  
Blogger OOD said...

suamiku,
errr... raya nanti kita salam-salam eh?

dith,
adoi! tak buat dah tak buat dah! tobat tak buat dah!

mak andeh,
pengalaman memandu dah AMPAT jam!! Sikit hari lagi pandai, i pick you up, we go makan in the car togedergeder eh?

nazrah leopolis
i am suspicious too. Talk the walk kind of thing.. hehe..

dr buble,
berani tak bertempat
brave not place!

bro jo,
ni ha, tengok ni ha, dahi retak syaribu, kena jentik dia. tak berani buat lagi dah de.

kna,
i think the wrong is in eating in public not because tak puasa. Which means, whatever valid reason i have for not fasting will still make me arrest-able if i get caught eating in public. Nasib baik tak kena that day! Kalau tak, fuiyo... not worth the nasi campur at all!


auntieyan,
adoi la adoi la kena besit pulak (besit tu amende?). Jangan lah report... tak buat lagi. DITH tau kat mana my opis, jangaaaaanlah auntiyan dokpakat dengan DITH pulak lepas ni! Tak buat dah ya?

lys,
hehehe... well, i have my moments!

shidah,
that is good kan? semua observe the month. You know how it is like here lah. Ramadhan is the month of food festival and fine dining! We have totally lost the cause.

1:25 AM  
Blogger Iron Butterfly said...

omg. i tot i sorang je. since my colleagues ramai chinese, one day i went to Pavillion and had lunch at Carlos. siap tak pakai ID sebab nanti kang nampak nama melayu. konon2 can pass as Thai (orang slalu cakap i macam orang siam, lol) or Phils or whatever lah kan. And mmg tak cakap Melayu pon ngan my colleagues tuh. Huehue.

Next puasa dah nak pakai tudung (Insya Allah) so memang takkan (sebab tak boleh dah) buat lagi ler.

tapi i did explain to my chinese friend lah i tak puasa sebab tak period. sebab memang ramai melayu kat ofis tu tak puasa, the guys selambe isap rokok kat tangga hokey. Vice President lagi. Hmmpphh.

1:35 AM  

Post a Comment

<< Home